Khamis, 25 Ogos 2011

Khamis, 25 Ogos 2011

Mood raya

Hari ini misi membuat biskut raya tercapai, baru siap 2 adunan iaitu tart nenas gulung dan biskut dahlia, rehat dulu, tak apa.. perlahan2..ingat nak masukkan gambar dalam entri ini tapi mood kelaut pulak, biar ajelah.

Nampaknya kerajinanku belum sampai tahap optimum lagi, esokkan masih ada, huhuhu

Ambil cuti 2 hari untuk membuat persiapan ala kadar, isnin nanti kembali kerja, pada hari itu kebanyakan daripada mereka sudahpun berada di kampung dan membuat persiapan akhir sebelum raya.

Kemungkinan besar kami bertolak balik kampung selepas solat sunat raya, ( ziarah pusara 'anakanda' terlebih dahulu serta singgah rumah keluarga 'Suzila', masuk tahun ke 2 dia beraya bersama kami), sekarang ini sedang berkira2 nak masak apa untuk menu di pagi raya? 

Aku percaya ramai rakan2 diluar sana akan bertolak petang ini ataupun sehabis kerja esok, buat kalian Selamat Hari Raya, hati2 diperjalanan, moga selamat pergi dan balik.

Selasa, 23 Ogos 2011

Selasa, 23 Ogos 2011

Jem Nenas


Ahamdulillah baru ader sikit mood ber'baking' w/pun cuma 10% je,  itupun disebabkan dek buah nenas sudah ranum di sudut dapur, nak tak nak terpaksa juga kupas dan parutkan ia untuk dijadikan jem nanas. 

Memandangkan mood masih suam2 kuku, kerja2 memarut nenas tadi terasa seakan berjam2 lamanya biarpun ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja sambil 'mulut mengomel', bilalah nak siap ni???? huhuhu

Tugasan memasak pula diserahkan kepada anak daraku berdua iaitu Nur Syamimi dan Suzila, kononnya nak latih mereka buat kuih raya, senangkan apabila punyai anak2 yang sedang meningkat ke alam remaja!!!

Tara... akhirnya jem nenas siap dan boleh digunakan pada bila2 masa, ada permintaan dari dorang, "esok kita  buat lagi ye!!".


Jem Nenas (resepi cikgu ajar semasa berada di dalam aliran SRT dulu2)

Bahan2: 

Nenas ( yang telah diparut dan ditus kering airnya)

Nota: 1 cawan nenas + 1 cawan gula (tapi tadi cuma guna cuma 1/2 cawan gula sahaja) 

Masukkan nenas dan gula ke dalam kuali, masakkan ia menggunakan api yang kecil sehingga pekat dan kering, angkat dan sejukkan sebelum diguna untuk membuat 'tart nenas'..

menghitung hari

Seminggu lagi kita berpuasa, cepatnya masa berlalu, khamis dan jumaat bercuti lagi tapi kena masuk kerja semula isnin sebelum raya, huwaaa!!!!, nak buat camner ye? kena jaga pejabat sorang2, orang len semuanya cuti. xper...., bertenang dan positifkan minda!!!

Alhamdulillah, setakat ini bangun sahur tepat pada masanya dan belum lagi berlakunya pembaziran terhadap makanan samada ketika berbuka @ bersahur, kadang2 risau gak apabila tengok hidangan makanan yang agak banyak di atas meja tetapi licin disapu bersih dek anak2 kami yang sedang membesar dengan jayanya.

Diaorang semuanya mengikut 'gen' ini yang agak sukar nak 'obese', makan le sebanyak mana sekalipun tapi berat tetap maintain g2.

Masih lagi menghitung hari, kini tinggal tak sampai 24jam lagi hari jadi Alya yang ke 2, (hadiah hari jadi Alya daripada kenalanku di alam maya iaitu Lea dan Imaan aka imaan09 telah diterima minggu lepas. Terima kasih banyak2 drp Alya buat auntie lea dan adik imaan, cantik sangat!!, nanti ummi upload pic hadiah tersebut) bermakna perjuanganku sudahpun sampai kepenghujung w/pun hakikatnya ia masih diteruskan lagi,  rasa2nya tak sampai hati nak lepaskan penyusuan ibu yang telah sebati dengan diri Alya.

Kini sedang berkira2 samada mesin pengepam susu - spectra 3 perlu berada di dalam simpananku lagi  (rasa2nya dah tutup buku daa dengan usiaku kini) @ dijual sebagai barangan terpakai? sekarang ini ia sedang tersimpan rapi di dalam kotak, sayang sangat2 kerana ia banyak berjasa kepada diri ini dan Alya, walaupun ia digunakan sejak awal tahun lepas lagi tetapi masih berkeadaan  baik dan belum pernah rosak.

Isnin, 22 Ogos 2011

Isnin, 22 Ogos 2011

Ramadhan ke 22

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 22 kita berpuasa, tinggal 8 hari lagi untuk menyambut hari lebaran, aku percaya ramai rakan diluar sana sedang sibuk membuat persiapan raya.

Bagi kami, kain baju anak2 semuanya sudah lengkap setelah 2 hari berturut2 "menyopingkan" diri dengan karenah anak yang pelbagai ragam. Pada mulanya target kami cuma sepasang dua je tapi bila tengok 'jubah' anak2 pompuan yang cantik maka dirembatnya lagi (sayangnya saiz untuk Alya tiada), akhirnya diri ini berputih mata tengok aliran duit bak air mengalir laju, sekejap je licin.

Jika sehari hampir RM1k berbelanja tanpa ingat masa depan, inikan pulak 2 hari berturut2, bak kata orang tua dulu, 'tauke balak'pun boleh 'bankrup', inikan pula diriku yang cuma makan gaji je, xper2.. ia bukan salahku, barang keperluan sekarang ni mahal sangat dan raya cuma sekali je (mekanisma bela diri...) huhuhu 

Si Alya juga yang semakin cerdik "demand" itu dan ini, pantang kami singgah kedai kasut, diapun tumpang sekaki hinggakan kasut rayanya sudahpun mencecah  3 pasang, selagi tak dapat apa yang dihajati selagi itulah dia akan duduk di kedai itu dan merengek minta disarungkan kasut baru (xmo dibuka2 daa),  kasut lama ditolak ketepi, sudahlah sepasang kasutnya sama mahal dengan sandalku.

Setakat ini belum nampak petanda kerajinanku untuk ke dapur seperti tahun2 sebelum ini, "butter" sudahpun memenuhi frezeer tetapi ia cuma sebagai hiasan semata2.

Minggu lepas diri ini sudahpun bercuti selama beberapa hari, kononnya nak buat kuih raya, malangnya habukpun tiada. Ingatkan paling tidakpun dapat membuat jem nanaspun jadilah, apalagi buah nanas sudah ada beberapa biji di sudut dapur tapi ia juga dijadikan sebagai hiasan.

Mungkinkah pada minggu ini diriku terpaksa menyambung cuti lagi untuk membuat persiapan raya yang tinggal seketika lagi, cuma masa menentukan segala2nya?

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sabtu, 20 Ogos 2011

Persiapan Raya



Birthday Tickers from WiddlyTinks.com


Adoiiiiiiiiiiiiiiiii, 'makcik' malasnya nak keluar membeli belah, setakat ni anak2 pompuan semuanya dah lengkap cuma tambah sehelai dua lagi, bab persiapan untuk kaum adam belum ada lagi, nak beli tanpa mereka agak susah, maklum le taste memasing ngalah kaum hawa.

Hari ini nak pergi mana? kat daerah kecil ni kain bajunya ada yang biasa2 aje, jarang2 'benor' beli kat sini, agak2nya ke mana ye kami nak pergi ni, itupun tak boleh bertolak diawal pagi sebab si Syafiq ada kelas tambahan, jap lagilah sambil ambil dia terus je kami kemana2 ikut gerak hati.

Mana tau bila keluar nanti terserempak dengan kalian, jumpa di sana!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang