Khamis, 15 Oktober 2015

Khamis, 15 Oktober 2015

Sepetang di Cameron Highlands

ENTRI TERTUNGGAK sebagai pembuka kata setelah hampir 2 bulan menyepikan diri

Sempena Cuti Kemerdekaan 31/08/15 yang lalu, kami sekeluarga berjimba2 di Cameron Highlands, janganlah pula kalian termuntah ke apa, maklumlah ini sahaja tempat sejuk yang memerlukan kos yang rendah berbanding dengan tempat sejuk di negara2 luar, kiranya ia termampu dek kami orang kebanyakan.






Biarlah gambar berbicara

Kenangan bersama anak saudara yang belajar di sini, 'kakak' & rakan sekolahnya.

Pastinya tidak ketinggalan singgah di ladang teh.

Buat rakan2 yang sentiasa bertanya khabar - Geng Kilauan Emas, Cikgu Etuza, Cikgu Mat Som dan rakan2 blogger yang lain, terima kasih diucapkan, kalian tetap dihati.

Nota: Khas buat Cikgu Etuza - DISABLE RIGHT CLICK

Isnin, 31 Ogos 2015

Isnin, 31 Ogos 2015

Salam Kemerdekaan..



Merdeka, merdeka, merdeka...





Isnin, 24 Ogos 2015

Isnin, 24 Ogos 2015

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir buat Alya, moga membesar sebagai anak yang solehah & sentiasa menyenangi hati ummi & abah, aamiin.

"Goodies bag"untuk rakan2 Alya di tadika.


Khamis, 6 Ogos 2015

Khamis, 6 Ogos 2015

Kenangan Aidilfitri 2015

Kenangan Sambutan Aidilfitri 2015 Alya bersama guru dan rakan2.


Ahad, 2 Ogos 2015

Ahad, 2 Ogos 2015

Masih mood raya

As salam semua, maaf agak lama tidak berkesempatan untuk menulis sesuatu di laman ini, rindu kalian..






Antara koleksi baju2 raya Alya

Kami balik kampungpun cuma 3 hari  2 malam sebab anak2 ingin beraya di rumah sendiri, maka terkejar2 beraya di rumah adik beradik kedua2 belah pihak, lagipun kami suami isteri  sudah ketiadaan ibu ayah.

Alya bertanya "Kan nenek atuk dah xder, kenapa kita perlu balik kampung?", sepatah jawapan si ibu "Ummikan ada kakak dan abang, gitu juga abah, dia ada adik, maka kita perlu merayakan bersama mereka", kasih sayang kami tak pernah luntur dan ikatan kekeluargaan pasti dijaga utuh, insya allah..

"Kakak" + Sepupunya


 
Jamuan Raya Jabatan tempohari 
(Gambar ihsan dari rakan setugas)


Habis program semalam, kami beraya lagi..



~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Update 4/7/15.. "

Terima kasih buat Cikgu Mat Som kerana mengirimkan buah tangan berupa sebiji 'Jug Thermos' buat seorang rakan blogger bagi pihak saya.

"Status siang tadi"

Siapakah dia? biarlah tuan punya yang bercerita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
 Rezeki saya juga, terima kasih buat Cikgu Mat Som di atas kiriman Jug Thermos yang menarik hati, sesiapa yang berminat, boleh dapatkannya di sini, murah2 jer..

Nota: Entri rojak..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang