Seawal pagi tadi aku terima mesej daripada anak buah di kampung yang akan mendirikan rumahtangga khamis nanti, dia minta tolong buatkan muffin sebanyak 100 biji untuk "majlis mengenal", sepatah kata terkeluar, gileerr, grrrrrrmmmmm dan blur buat seketika. Naper le tak cakap awal2???
Cuba bayangkan waktu kerjaku seawal jam 8 pagi hingga 5 petang, manakan sempat nak siapkan itu semua.. adoooiii, nak wat camner ni?
Esok aku sudah ambil off, perancangan awal nak balik kampung tapi bila dapat tempahan pada saat2 akhir gini, terbantut segalanya, mula2 tu terfikir nak beli aje kek coklat gardenia, pastu packing satu persatu..
Entah camner, semasa balik waktu rehat, tergerak hati singgah di kedai dan beli bahan2 untuk buat muffin, kesian pulak kalu tak tolong.
Apatah lagi balik aje kerja petang tadi, aku memulakan kerja2ku membuat kek muffin coklat chip hingga ke malam.. bila packing dapat lebih kurang 50 biji tak termasuk yang dah di makan dek anak2.. nampaknya kena bersambung pulak hari esok bakinya.. tengah berkira2 nak wat muffin coklat atau muffin vanilla?
Apatah lagi balik aje kerja petang tadi, aku memulakan kerja2ku membuat kek muffin coklat chip hingga ke malam.. bila packing dapat lebih kurang 50 biji tak termasuk yang dah di makan dek anak2.. nampaknya kena bersambung pulak hari esok bakinya.. tengah berkira2 nak wat muffin coklat atau muffin vanilla?
Inilah resepi muffin coklat chip style umialya, main redah aje..
Muffin Coklat Chips
Bahan2
1/2 ketul (125 gm) Butter
1 cawan minyak jagung
300 gm gula perang
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonat
500 gm tepung naik sendiri (Jika guna tepung biasa, tambahkan baking powder 1 sudu teh)
7 sudu besar serbuk koko
2 cawan susu segar (aku gunakan perasa coklat) - guna susu cairpun boleh
6 biji telur (gred B)
Coklat Chips secukupnya (nak lebih rasa coklat, masukkan banyak)
Cara2nya:
- Panaskan oven 175'c
- Campurkan tepung naik sendiri, soda bikarbonat dan serbuk koko, ayak
- Putar seketika butter, minyak jagung dan gula perang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan essen vanilla
- Masukkan tepung tadi diselang seli dengan susu segar dan separuh coklat chip
- Masukkan adunan ke dalam acuan muffin 3/4, taburkan coklat chip
- Bakar hingga masak (Lebih kurang 30 minit)
- Dah siap pun..
Bahan-bahannya:
A
2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3 biji telur
C
3/4 cawan air panas
- Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
- Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder, soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
- Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Maka inilah hasilnya:
Muffin yang siap dibungkus
Lantaran kesibukan menyiapkan muffin maka kami anak beranak makan malam secara ala kadar aje, masak nasi, tumis sardin + terung dan goreng telur mata kerbau, simple sangat.. sekali sekala apa salahnya??
Seronok pulak tengok dorang makan, berselera, mungkin dorang lapar kot. hu3.. sekejap aje nasi dan lauk habis.. nasib le korang, itu ummi belum buka bisnes 'baking' lagi.. kalu tak.. hari2 makan nasi berlaukkan telur rebus.. hu3..









4 ulasan:
Tompang cilok resepi ye kak.
Lynd..
boleh2
wahh...menariknya resipi ni..hehe
ayu..
cubalah, simple aje
Catat Ulasan