Etuza |
Kalian jangan jeles tau, tiba2 kita dapat gelaran Blogger Malaysia Terkenal, malu3 weyhhhhh, maklumlah kita cuma seorang blogger suam2 kuku, bak kata pepatah - hidup segan, mati tidak mahu.. hu3
Siapa bagi gelaran itu? tak lain tak bukan tentunya Cikgu Etuza dari laman Pesona, sesiapa yang belum kenal lagi Cikgu Etuza, jemput kelamannya, tak rugi tau berkawan dengannya.
Beliau seorang yang peramah dan pemurah, sepanjang menjadi kenalan maya Cikgu Etuza, macam2 buah tangan saya dapat yang diterbangkan khas dari Keningau, Sabah.
"Ya Allah murahkanlah rezeki rakan2 mayaku dan keluarga, aamiin.. "
|
Khamis, 16 November 2017
Khamis, 16 November 2017
Blogger Malaysia Terkenal, betulkah?
Selasa, 7 November 2017
Selasa, 7 November 2017
Family Day sempena BKK1M

Kejadian sabtu lepas di Bukit Gambang Water Park, dapat tiket percuma, jika tak berpeluh weyhhhhh nak bayar RM38/orang.
Jangan cari tuan rumah ya, ada tu terselit entah ke mana, jika suruh caripun gerenti tak jumpa.

Berbaris nak masuk, 1000 peserta, cuba bayangkan seramai mana tu.

Paling seronok tentunya anak2..
Asyik ulang tayang jer video ini, tak juga jemu.

Semangat team work telah membuahkan hasil
No 1 & 2 dibolot oleh Alya & sepupu2nya.
Cukuplah setakat ni, jumpa lagi.. bye, bye..
Jumaat, 27 Oktober 2017
Jumaat, 27 Oktober 2017
Kegilaan apakah ini?
Cuti sehari sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang 24/10/2017, kami ke sini..
Cameron Highlands

Strawberi Coklat buat kesayangan kami
Kemudian terus ke....
Ipoh, Perak (Simpang Pulai)
Semata2 semangkuk Laksa Telur Bersarang
Tidak cukup makan di sana, bawa bekal balik ke rumah.. 😄😄
Seharian berjalan demi mencari makanan kesukaan.
Labels:
Alya,
anak,
Cameron Highlands,
cameron highlands.,
JJCM,
Laksa Bersarang,
Taman Botani
Isnin, 23 Oktober 2017
Isnin, 23 Oktober 2017
Hati seorang ibu
Hujung September, bujang junior mengadu, kasut sukannya sudah rosak, suruh beli di sana dari sehari ke sehari tapi tidak dibelinya, resahnya saya di sini maklumlah aktivitinya amat padat dan lasak, kasut sukan antara keperluan yang paling penting sepanjang tempoh pembelajaran di sana.
Sampai terkeluar sudah ibu jari kakinya.
Akhirnya minggu lepas, selepas menghadiri mesyuarat di negeri, saya ambil peluang mencari kasut sukan untuknya, masalah utama risau jika ia tidak muat nanti maklumlah kakinya panjang dan lebar. Kalah kaki bapa dan abang sulungnya.
Agak2 muat ke tidak?
Itulah yang bermain difikiran ini, nak tukar sememangnya tidak boleh dah sebab jarak yang jauh dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke sana.
Sebaik terima bungkusan, terus dicuba, Alhamdulillah sesuai dengan kakinya.
Selepas kasut, telefon pula rosak gara2 terjatuh ke dalam tandas, patutlah beberapa hari juga tidak dapat dihubungi, resah gelisah kami di sini. Nak baiki kosnya mencecah hampir RM300, lebih baik beli baru.
Transfer duit untuk dia belikan telefon baru di sana, selebihnya menggunakan duit elaun tertunggak yang baru diperolehi.
Tersenyum lebar dapat yang baru.
Salah satu menu tengahari.
Ringkas makanan bujang junior di sana, beli bungkus dan bawa balik makan di bilik, kemudian ditambah dengan stok sambal hitam dan serunding daging/ayam yang saya pos sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah rezeki Nak...
Sepanjang dia berada jauh dari kami, ada sahaja rezeki masuk untuk dia, jika hari minggu, dia akan keluar membeli makanan jauh dari kampus, pinjam motor abang senior, kadang2 makcik yang menjual makanan di pinggir jalan tidak mengambil duit jika dia singgah membeli.
Naluri seorang ibu sememangnya gitu, bersedekah untuk anak2 sementelah lagi diketahui mereka jauh dari keluarga.
Semoga rezeki mereka yang memberi sentiasa dimurahkan olehNya, aamiin.
Pssttt: Baru berkira2 duit perbelanjaan bulanan yang dikhaskan untuk dia, saya nak simpan 100% sementara dia dapat elaun bulanan, cuma topup sikit2 jika tak cukup, rupanya rezeki dia juga duit tu, bak kata pepatah, jika sudah rezeki tidak ke mana... 😀
Khamis, 5 Oktober 2017
Khamis, 5 Oktober 2017
Alahai anak..
Status WhatsApp anak bujang di utara..
Walaupun lempeng cuma, ia tetap menjadi pujaan, korang ada? 😂😂😂
Minggu lepas, pos sambal hitam buat bujang junior yang berada di seberang lautan, jadilah sebagai pengganti diri.
Demi anak, si ibu gigih ke dapur siapkan bekalan sambal hitam.

Pengubat hati kami
Langgan:
Catatan (Atom)






















