Sabtu, 12 Julai 2014

Sabtu, 12 Julai 2014

impian tercapai

Mukadimah
Harus tempek gambar Alya sebagai kenangan

Hajat berbuka puasa & bersahur bersama anak bujang tercapai jua, angkut semua anak beranak termasuk anak buah nan jelita, dalam perjalanan ke mari singgah sekejap di IPTA tempat si dara belajar & bawa dia bersama, ala2 'family day' gitu, sesekali dapat berkumpul ramai2.

Sahur 1

Sambal udang + petai

Udang goreng kunyit 
(siap kupas kulit, senang anak2 nak makan)
Ayam masak kicap
(Panas dari kuali, terlindung dek asap tebal)

Sayur? tak sempat nak beli, sampai sini dah hampir waktu berbuka, maklum le perjalanan yang jauh, paling penting semua makanan habis, tak ada sisa2 untuk di bawa ke hari siang, untuk Alya, terpaksa le si ibu fikirkan sesuatu.

Jangan tak percaya, kita angkut semua barang2 terus dari rumah, periuk nasi, periuk serbaguna, pinggan mangkuk & keperluan memasak, ala2 masuk rumah baru gitu..

Masuk jer homestay, tuan rumah tengah pasang dapur baru, ada permintaan kot (ataupun pelanggan cerewet, minta itu, minta ini, itupun sebelum ini tuan rumah ada bertanya, ada apa keperluan lain yang nak, bagitau jer...) maklum le semasa booking (terus bank in RM320 ke dalam akaun), wassap awal2 tuan rumah bertanyakan samada keperluan memasak ada atau tidak terutama dapur & gas. Jika tak ada, nak bawa jer dari rumah.

Periuk, kuali semua baru, gamaknya baru beli kot, pinggan mangkuk kemain lagi banyak, terima kasih kepada tuan rumah di atas layanan yang tip top..

Satu jer yang melemahkan semangat, bangun seawal pagi untuk menyediakan menu bersahur, banyaknya t**i  t*k*s di bahagian dapur & bilik air, terpaksa le kita bersihkan dulu sebelum kerja2 memasak dimulakan, nasib baik dah bawa bersama percuci lantai, amat memudahkan kerja2 mencuci.

Paling penting, kebersihan No. 1 yang perlu diamalkan.

Jumaat, 11 Julai 2014

Jumaat, 11 Julai 2014

katakan tidak...

Pada rokok

Akhirnya...
Masuk ke dalam tong sampah..

Pesanan penaja buat insan tersayang..

"JANGAN PENTINGKAN DIRI ANDA, BERHENTI MEROKOK, FIKIRKAN TENTANG ORANG LAIN, FIKIRKAN TENTANG PASANGAN ANDA, FIKIRKAN TENTANG ANAK2 ANDA"

Khamis, 10 Julai 2014

Khamis, 10 Julai 2014

kejutan


Kad raya & FM ladybird dari Eita, terima kasih banyak2 Ita, sayang awak..

Nota: FM merupakan hadiah 'Teka Gambo' tempohari, sayapun tak tau rupa2nya ada hadiah untuk entri tersebut.

Selasa, 8 Julai 2014

Selasa, 8 Julai 2014

Dalam kenangan

Buat angah, moga kamu tenang di sana, kami semua sayangkan angah & redha di atas pemergianmu, al fatihah...

Nota: Doakan perjalanan kami dirahmatiNya, aamiin..

Sabtu, 5 Julai 2014

Sabtu, 5 Julai 2014

shopping raya





Alang2 berada di sini, terus menunggu waktu berbuka puasa.

Nota: Beli baju melayu untuk anak bujang nun jauh di sana, harap2 muat, maklum le nak ikut tema semasa, kang tak sama lak.

Model Cilik bergaya bersama kain pasang untuk anak buah nan jelita.

Petang nanti baru tempah menjahit.. (sib baik punyai 'tailor' peribadi) tapi dah terima amaran awal2 lagi.. 'xmo hantar banyak2 k, cukup sepasang seorang'- xper kakak, kita beli baju siap.. ngeeeeee..

Psttttt: Masih punyai baki 30% persiapan raya, lain kali jerlah..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang