Khamis, 31 Julai 2014

Khamis, 31 Julai 2014

Aidilfitri kali ini

Selepas solat raya baru bertolak balik kampung, si bujang mengambil alih tugas memandu pergi dan balik dengan merentasi jalan yang agak mencabar, En.Hubby sudah dinaikkan pangkat -"boss besar" & pemerhati.

Bertolak balik selepas solat raya sememangnya rutin kami setiap tahun, maklum le tiada apa yang perlu dikejarkan, lagipun kami suami isteri yatim piatu sejak berbelas tahun lepas.

Balik kampung sambil beraya diperjalanan, seperti biasa destinasi pertama - wajib ke rumah abang no.3, kebiasaannya setiap tahun kami akan balik kampung bersama2 tapi kali ini, mereka tidak dapat join sekaki sebab menerima kunjungan anak menantu & keluarga besan dari Penang.

Singgah mengambil anak saudara sebelah hubby yang baru kehilangan adiknya pada 8 Julai lepas untuk beraya bersama .

Sebahagian cucu saudara - Afiq & Irsalina

Alya & Irfan (anak saudara..)

Salah seorang anak buah 'istimewa' kami - Sharida, i miss u.. x sempat lama2 kat sana, hu3

Cucu koi lagi..

Alya & sepupunya - Farisya, anak buah sebelah hubby



'Kakak' bersama sepupunya.

Psstt.. Jika nak ikut ramai anak2 buah & cucu2 saudara tapi tak sempat ambil gambar, maklum le masa kami untuk beraya amat semput, kebanyakan masa kami dihabiskan di dalam kenderaan dan hari ini sudahpun kembali ke destinasi, esok 'koi' sudah masuk kerja..

Berita gembira: RM1,500.00 yang tersangkut kat CDM Bank Islam sejak 24hb Julai lepas dahpun clear masuk ke dalam akaun petang semalam (30hb bersamaan 3 hari bekerja / seminggu -jika dikira hari minggu & raya).

Alhamdulillah ada hikmah disebalik kejadian ini, sekurang2nya saya telah amalkan sikap berjimat cermat sepanjang berada dikampung, maklum le RM makin menipis (kalau tidak inilah 'manusia' paling boros sekali, langsung tak reti berjimat...), walaubagaimanapun duit raya tetap ada & baki yang tinggal kini makin sikit, nampak gayanya hari ini kena tambah lagi (tukar RM dengan anak2..).. hu3

3 ulasan:

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah..lega kan bila dpt tahu keputusannya..

meriah raya akak sekeluarga..
alfatihah buat kedua ibu bapa akak dan suami..

OKje berkata...

Senang hubby tak yah jadi driver lagi dah hehe.....boleh duk ngan mem kat belakang hehe...
Wah banyak tempat persinggahan nampaknya tu...biasalah nama pun Raya ....Mmg seronokkan beraya ....kalau ikutkan nak beraya mmg tak sempat nak jejak rumahkan geng!
Yg penting sesama puas hati .....dapat menziarah seedara dua belah pihak.
Syukur geng.....masih rezeki awak...lepas ni sakan pulaklah shopping ek....hehe

eita berkata...

waaa...dah jd bos sekrang ni...best lh jgak...
raya tetp meriah walau dlm kete

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang