Jumaat, 25 Januari 2013

Jumaat, 25 Januari 2013

Resepi Laksa Lemak ala umialya

Susulan dari entri Laksa Lemak ala Umialya

Permintaan rakan blogger

Buat Cikgu Anis, nak ikut cara yang  mudah @ susah?? meh akak bagi yang paling mudah, pentingnya ia mudah difahami dan menjadi sebijik cam dalam gambar tu tapi ada syaratnya.. orang tua2 kata kena bagi pengeras dulu, barulah menjadi.


Bahan2nya..
Spaghetti - secukupnya (agak2 le untuk 2 1/2orang makan...)- direbus hingga lembut (masukkan sedikit minyak masak), toskan..

Kuahnya:
2 ekor Ikan (terpulanglah nak guna jenis ikan kegemaran Cikgu Anis, tadi akak gunakan ikan selayang) - rebus dengan sedikit garam dan beberapa asam keping,ambil isinya dan dikisar halus.

1 labu bawang besar **
1 ulas bawang putih **
1/2 inci halia **

 Bahan bertanda ** ditumbuk @ dikisar kering

1/4 camca teh serbuk kari (jika bubuh banyak2, nanti jadi laksa kari lak..)- dibancuh dengan sedikit air
Secubit serbuk kunyit
2 cawan santan
5-6 ekor udang (sebagai perasa jer..) 
1 keping Asam Gelugur (ambik yang paling kecil jer, kang masam, akak juga dipersalahkan)
Garam & Gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis (agak2 jer..)


Cara2nya..
  • Panaskan minyak ke dalam periuk
  • Tumiskan bahan2 yang dikisar tadi & serbuk kunyit ** guna api perlahan jer hingga naik minyak
  • Masukkan bancuhan serbuk kari, tumis hingga naik minyak sekali lagi
  • Masukkan santan, ikan yang dikisar halus, asam keping, garam  & gula secukup rasa - perlu sentiasa dikacau bagi mengelakkan ia berketul2, kang tak cantik pulak kuah tu..
  • Apabila dah menggelegak, kiranya kuah hampir2 masak, barulah masukkan udang, biarkan seketika lagi diatas dapur, agak2 udang tu dah masak, angkat, taraaaaaaaaaaaaa udah siap..
Bahan2 lain
Ulaman2 yang digemari - dimayang kecil2
Asam limau/Limau kasturi
Telur rebus
Sambal belacan
Nota: 
  • Resepi ini adalah 'Hak Cipta Terpelihara' umialya, tanpa rujukan dari mana2 sumber, jika terdapat kesamaan, ia adalah kebetulan.
  • Pernah abaikan 'udang segar', rasanya MEMANG tak sedap, kiranya wajib masukkan jugak udang ke dalam kuah tersebut,mungkin penggunaan udang segar boleh diganti dengan udang kering, mengikut kesesuaian bahan2 yang ada di dapur, xmo stress2..
  • Resepi boleh diubah mengikut citarasa sendiri, maklum le selera kita tak sama. 
  • Pastinya bukan laksa johor tapi kuahnya hampir sama.. (nak belajar jugak resepi laksa johor tapi belum berkesempatan sebab memerlukan rempah ratus yang pelbagai, itu yang leceh.. ) 

14 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Nak try jugalah..

nurbijen berkata...

ooo, kena letak serbuk kari ek? nak cuba la hujung minggu ni :)

CeqGu berkata...

ehemmm telan air liur duk baca resepi ni....pasni bleh try sbb firas suka makan mee n spagetti ni...

psssttt tu kata orang2 tua, akak muda lagi so tak perlu la bagi pengeras hehehe....err kalau buah keras nak tak? ada banyak kat rumah ni hehe

Cikrosecute berkata...

nak try jugaklah nanti...terliur pulak tgk..

Ruse Sulaiman berkata...

Sedap juga laksa ni. Laksa Johor.. betul ke?

CeqGu berkata...

pssssttt akak yer ker entry tu cam terlebey ferasan.....err cam nak delete jer entry tu hihihi.... i malu la bila u cakap cam tu hik hik hik....mmg sah la cikgu anis seorang pemalu


err sudah ditunaikan kah kewajipan kat emel anis tu? jgn lupa tau

munna berkata...

nampak menarik je.... munna pun nak cubalah nanti....

Ratu Hatiku berkata...

nmpk sedap...nak cubalah nnt. Tq ya

OKje berkata...

NI macam laksa johor Umialya...

Unknown berkata...

oooo..gt caranya... :)

IntaNBerliaN berkata...

ujung tahun baru try.. skrg dlm tempon bpantang lagi.. heheh

Puan Kutu berkata...

tu dia resepi sgt complete..sedap n kreatif plak tu..mmg umi alya ni tere masak betul la..

Si Matatajam berkata...

Rajinnya akak masak..sedapnya M tengok

QasehnyaRania berkata...

versi johor ke kak?
sy pon suka laksa kuah lemak..

kalau versi johor, sy nak tnya sikit..nape kena makan dengan ye laksa johor ni?

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang