Ahad, 20 Januari 2013

Ahad, 20 Januari 2013

Terlerai sudah..

Tertarik dengan pertanyaan NoEn di Entri ini

Nak jelaskan camner erk.. dia tahu saya ada akaun FB & blog tapi dia tak pernah ambil tahupun mengenai penulisan di sini, sesekali ada juga minta dia tengok gambar2 anak tapi cuma bertahan beberapa saat jer, sepatah kata dari dia "abah tahu dah anak abah cantik..", terus berlalu pergi, apa nak dikata :)

Hingga kini dia tidak tahupun link blog ini sebab dia memang tidak berminat hendak ambil tahu, cuma anak2 jer yang sesekali baca itupun jika ada gambar & kisah adik mereka iaitu Alya terutama anak teruna no. 2, yang itu 'busy body' sikit, kerap buka & baca catatan umminya..

Sebenarnya hubby tahu saya memang kuat berahsia, jika hendak dapatkan sesuatu maklumat pasti gagal punya, saya akan kunci mulut dengan mangga yang paling besar,  jenis tak ambil kisah, dipendekkan cerita, tak suka sesak2kan fikiran dek perkara yang remeh temeh.

Perangai kami berdua memang jauh berbeza umpama langit dan bumi, gitu jugak ngan saiz badan, biasanya saya yang akan menjadi penyelamat jika ada sebarang keadaan yang kritikal, jika tidak takkan le saya akan terkena tempias rotannya jika dia  tengah marah2, tak dapat merotan anak, bini diapun jadi le, itupun tanpa disengajakan (mulalah bini dia asik ngadu sakit sampai berminggu2, padahal bukannya sakitpun, huhuhu)

Jika ditakdirkan dia tahu juga kisah2 ini kemudian hari, insya allah pada masa itu diapun di dalam keadaan tenang, motorpun dah ok, dia tak akan marah2, sebenarnya hubby panas sekejap jer, ala hangat2 tahi ayam, dia tidak ambil masa lama berbanding saya, jika bini dia merajuk boleh mengambil masa berhari2, silap hari bulan sampai berminggu2, rasa2nya berdosa tak?? (sudah gaharu cendana pulak, huhuhu)

Justeru itu "pesanan buat abahnya, jangan sesekali buat peel yang pelik2 tau, ummi PALING tak suka, Queen Control katakan..  ahakkkkkkkkk...."

13 ulasan:

Kazman / Sue berkata...

tidak mengambil tahu tidak semestinya tidak mengambil berat..... kan....kan....kannnnn....

selamat berhujung minggu.....

kurus berkata...

eekke .. sama macam hubby saya kak .. dia memang x ambil tahu poun huhu ..

tapi tulah , suami x akan sama kan .. kena redha dan ikhlas terima walau baik dan buruk bagaimana sekalipun ..:(

Ruse Sulaiman berkata...

Tak tau nak kata apa ;) saya hari tu terlanggar kereta masa nak masuk parking. Suami kata takpe, janji awak slmt. Siap pesan awal2 jgn tulis dlm blog ;)

Tanpa Nama berkata...

salam kak..
hehe lain suami lainlah gayanya ye.. suami nisah pendiam, jarang marah.. tp kalau dia marah, mcm bom atom miahahha..

MulutPayau berkata...

Suami saya pun tak pernah ambik tahu pasal Fb dan blog saya, kecuali dipaksa baca....

nurbijen berkata...

hubby saya baru jer tahu saya ada blog.. hahahha, nasib baik dia tak marah.... hingga beri link blog kat adik dia kalau nak tahu perkembangan kami di sini :)

Saya pun sama kak, susah nak marah... tapi bila suami buat saya marah mmg akan tarik muncung lama2... sbb tu dia jarang buat saya marah :)



Kasih Salina berkata...

salam kak..suami saya memang ambik tahu blog saya dan dia yg pantau apa n3 yg saya buat.penasihat saya la..hihi..

Unknown berkata...

sama juga..suami tau saya ada blog tapi tak berapa nak tengok..cuma nasihat elok2 buat entry..

kakrose berkata...

suami akk tau akk ada blog.siap promosi lagi kat kawan2 dia.hakikatnya dia pun jarang/tak pernah baca blog akk kecuali kawan dia yg bagitau n3 akk yg melibatkan cerita dia.dia pun tak pandai sangat berinternet..heheh
satu perangai suami akk ni tak pandai nak marah.walaupun dengan anak.:)

CeqGu berkata...

kikiki geli hati pulak baca ayat yang last sekali tu.....asben anis jarang2 baca blog tak laku tu. Maklum ler orang bz memanjang hehehe

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

husband saya selalu baca belog saya akak heeeee

IntaNBerliaN berkata...

alamakkk saya ketinggalan ni.. xtau punca... nanti sy baca lagi entry lain.. hihii

btw, kalau hubby saya pulak, mmg baca blog saya.. bkn baca je.. dia pun pngkritik jugak.. hehe

Puan Kutu berkata...

en suami pun sama.jarang nak bukak n baca blog sy.bukak fb pun jarang2..kadang2 mungkin beliau bukak kot klu ada link yg sy share kt fb..tp sy rasa jer.taktau la betul ke tak.haha

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang